Monday, July 18, 2011

038: Believe

Susah nak percayakan orang terhadap apa yang kita percaya...
Orang susah nak percaya terhadap kepercayaan kita...
Aku percaya, kepercayaan hanya milik DUA pihak...
Aku dan Kamu...
Kamu dan Aku...
Tidak pernah akan ada Dia di antara kepercayaan Aku dan Kamu...

[aku menulis ini saat hati sangat galau, SANGAT!]

Btw, idea untuk buat poscard ni datang secara tak sengaja pagi tadi sedang² aku merenung longgokkan stamp yang dah lama tak bersentuh. Distress ink yang menonggeng juga tak bersentuh². Terlalu sibuk. Hobi hanya akan tinggal sebagai hobi. Biarlah.

Meja kraf bersepah tak tersusun. Malas! Tapi kadang aku rasa bersepah tu ada seninya. Huh! Dasar pemalas lagi!

Jam loceng pink tu sungguh kuat bunyinya. Terkejut aku pagi tadi buat pertama kalinya dia menjerit suruh aku bangun.

Beg pink bertaburan manik itu sungguh istimewa. Aah, tak perlulah aku kabarkan dari siapa. Kerna yang istimewa itu biasanya tersimpan rapi di hati, bukan? Kamu teka ia dari seorang lelaki, atau mungkin kekasih aku? Hah! Terlalu singkat tekaan kamu. Tapi 'posmen'nya lelaki hahahaa.

Aku memang suka mem-foto [?] close-up. Biar nampak huraiannya!

Semua yang di-ink hitam aku pakai Memento Black. Aku benci Memento Black tu sebab dia tak pekat dan rapi seperti Artnic Black. Tapi tiba² bila pakai untuk stamp postcard ini, aku suka pulak. Sebab jadi macam stamp tu lekat-tak-lekat. Klasik?

Ink biru adalah efek dari Faded Jeans Distress Ink. Berjaya juga aku buat efek rintik² air yang kononnya jatuh atas kertas yang dah di sapukan Distress Ink, hahahaa! Macam saat air mata aku jatuh atas kertas kalau tulis diari dan kemudian sedih. Aaah, pilu!

Stamp BELIEVE tu cantik! Kalau pakai Artnic akan lagi cantik sebab akan terserlah lekok² dalam tulisan tu. Contohnya boleh tengok di projek tag thanks ni. Oh yea, tag thanks ni aku bagi pada seseorang sekalian dengan sebuah buku kepadanya. Haa, beg pink di atas tulah 'orang' tersebut membalas, haiiish! Manis betol ^_^♡ Err, stamp tersebut beli di Crafty Heart Online Store.

Border kerawang² tersebut adalah stamp dari Ikadinkado yang aku beli dari Diyadeary. Cantikkan? ^_^ Sangat suka ia secara banyak.

Aaah! Ini adalah blog kraf aku. Telah jadi curhat pada entry ini. Sebab aku sekarang sedang sangat sedih! Babaai.

No comments: