Yeaaaay! Tutorial again ^_^ Dah habis mood Nyummy Flower, hehehee. Dan sekarang adalah dalam mood Bunga Rambu Ramba [ehehee, suka hati je kan taruk nama] ^_^ Ehhh, suka tau buat Bunga Rambu Ramba. Cuma penat nak menggunting halus halus, kesudahannya adalah bunga tidak menjadi halus ^_^ Hish, pemalas tau *^_^* Namun, tak apa, namapak comel juga! Comel juga!
Jadi, mari belajar untuk yang baru mahu belajar ^_^ Hep! Para PRO di larang intip! Malu lah saya ^_^ Hehee..
Sila sediakan strip yang berukuran [1] Lebar 3mm [2] Lebar 2cm. Panjang strip adalah terserah anda, begitu juga dengan combination warna yang di mahukan, okei.
Oleh kerana projek kali ini adalah membuat bookmark menggunakan toothpick, maka, sila sedikan sebatang toothpick okei [errrk, pastikan ia belum di pakai ya] Hehee ^_^
Kemudian, sila gamkan secara menyeluruh strip yang berukuran 3mm lebar tadi. Ingat; secara menyeluruh ye, jangan ada part yang tak kena. Tapi gamnya jangan lah banyak sangat sampai lembik kertas tu, pandai pandailah menyesuaikan keadaan ^_^
Tampalkan strip 3mm lebar tadi ke atas strip 2cm lebar...
..sehingga ia menjadi begini ^_^
Kemudian, gunting seperti dalam gambar ini, tinggalkan sikit ruang bahagian bawah tu ya. Jangan potong habis tau!
..gunting hingga hujung dan hasilnya akan jadi begini. Ooh, silalah anda gunting dengan lebih rapi. Jangan tiru gambar ini! Hehee *^_^*
Kemudian, ambil sellotape, potong sedikit dan lekatkan di DEPAN strip tadi...
..ambil toothpick, lekatkan di sellotape tadi dan gulung dengan ketat tapi jangan terlalu kasar sebab boleh menyebabkan kertas tu putus nanti. Ketat tapi berhalus ^_^ Ooh, skema bahasa saya, silalah anda buat dengan hati yang ikhlas ya ^_^
Gulung sampai habis dan gamkan di bahagian hujungnya. Tadaaaaaaa, jadilah Bunga Rambu ramba yang masih kuncup, hehehee. Nak bagi kembang, SIRAMLAH AIR! *^__^* [dont try it at home] hahahaa!
Okei, untuk bagi dia kembang, bukalah kelopak kelopak halus tu, sampai dia jadi begini...
Amacam? Comel tak? ^_^ Hehehee, bolehlah hiaskan sikit dengan ribbon atau bead atau apa sajalah yang anda suka.
Muuuuuah! Sukanya, rasanya nak buat untuk semua buku saya, hehee *^_^*
Done Quillies!
Jom try!
Jom try!
Psttttt.. Sebenarnya saya punya hasrat nak beli gunting ini *^_^*;
9 comments:
cute and unique! :D
iyakah? *^_^* mekasih dear! auum!
idea buat bunga itu memang creative....good! Gunting yang dalam gambar itu i beli kat popular, lupa harganya tapi dalam rm6-rm8 , jangan beli yang papar kat satu website malaysia (klau tak slah rm 50 lebih) saya betul2 hapi bila i nampak gunting yang murah itu , yang penting mutunya pun baik juga
o yeke? thx jian jio for the suggestion, ni yang nak g cari ni ^_^ btw, love ur blog ^_^
cantekkkk!!! now that's creative! :D
on the scissors, I have one, pun beli kat popular jugak.
thx kMiyyah ^_^
huwaaaa, nak jugeek the scissors..
adoi chintaaa, sgt creative lahh !
<3 jeles habis !
cantik..i loike
tutorial yg jelas... memang berguna utk amatur macam sy.. Ada tak tutorial utk bulatan yg lebih besar dan tebal?
Post a Comment