Pages

Showing posts with label Fringe Flower. Show all posts
Showing posts with label Fringe Flower. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Q018: Projects

Come back! Arggh! Lama betul bercuti dari blogging, huh! My broadband buat hal sampai tension rasa hidup. Dan sampai sekarang pun broadband still in error condition, hmmm...

So, sebab banyak masa yang sepatutnya habis depan PC tapi sebab internet error, maka masa masa tersebut mengarah ke Quilling, yeaaaaay! Hahahaa! ^_^ I just practice my quilling skill more and more. So, check it out friends;

Project 1:
Ivory & Red flower with Dark Brown swirl



Project 2:
Ivory & Purple flower with Green swirl




Semua big flower di combine-kan dengan fringe flower >.< hehee...

Untuk big flower dan fringe flower, saya gunakan quilling paper strips 80gsm dan untuk the swirl saya gunakan quilling paper strips 100gsm. Semua quilling paper strips width adalah 5mm ^_^

Project 3:
Red roses & Blue ribbons




Haiiiii, naik begkak kut tangan mem-folding enam roses tu, hahahaa... Actually dah sangat sangat lama belajar fold rose ni tapi entah lah kenapa lembab sangat, selalu tak jadi. Haa, ni hasil yang terbaik dari semua rose yang tak jadi, hehehee... But, look nice heh? Okei la tu untuk beginner macam saya, hehee...

Untuk roses, saya guna paper strips width 10mm dan untuk ribbon, saya guna paper strips width 5mm. Soo simple but i really love the colour combination! ^_^

Project 4:
The Ribbons Box








Just a very simple flower but i use three tone colours, so dia jadi cantik kan? Hehee, apalagi di tambah dengan pearl ^_^

And SWIRL again and again, hahahaa. Tu je kemahiran yang ada ^_~ but for this swirl i make it with 80gsm paper strips. Humm, lebih mudah buat swirl pakai 100gsm strips sebab dia lebih tebal dan lebih senang membentuk. Masa nak stick dia dekat box tu pun agak susah sebab 80gsm punya strips lebih nipis, jadi sangatlah kena berhalus supaya tak melimpah gam tu.

For this project, i use 3mm width paper strips. Letih membuat dengan kertas yang halus dan nipis, tapi memang the result akan nampak lebih halus, kemas dan cantik *^_^*

Last but not least;

This is not about Quilling, but about Stamping *^_______^*
Lately saya memang sedang falling in love dengan stamping art, huhuu. Namun, gadget² mereka adalah mahal, hohoo. Bercinta nak beli, kena diet ikat perut dulu barulah dapat beli sikit sikit, tsk! Tapi siryes, stamping art was fun!!!

Hikks, baru ada ink warna merah dan beberapa wording clear stamp. So tak banyak lagilah gambar. Ni adalah one of my stamping result. Cantik kan? Hehee...


































Dan ini pula adalah combination antara Quilling dan Stamping art menjadi bookmarks! >.< Syok sendiri tau, hahahaa!
Ehem, akhirnya saya memiliki eyelet puncher ^_^ Lihat lihat hasil mereka setelah memakai eyelet, lebih kemas kan?



Huh! Akhirnya berjaya meng-update blog dengan panjang lebar, hahaa, sorry dear friends.

^_^ gtg, jumpa lagi di next project! Hehee.

Happy crafting!

Friday, November 26, 2010

Monday, November 15, 2010

Q012: Bababaa Rambu Ramba ^_^

Yeaaaay! Tutorial again ^_^ Dah habis mood Nyummy Flower, hehehee. Dan sekarang adalah dalam mood Bunga Rambu Ramba [ehehee, suka hati je kan taruk nama] ^_^ Ehhh, suka tau buat Bunga Rambu Ramba. Cuma penat nak menggunting halus halus, kesudahannya adalah bunga tidak menjadi halus ^_^ Hish, pemalas tau *^_^* Namun, tak apa, namapak comel juga! Comel juga!

Jadi, mari belajar untuk yang baru mahu belajar ^_^ Hep! Para PRO di larang intip! Malu lah saya ^_^ Hehee..

Sila sediakan strip yang berukuran [1] Lebar 3mm [2] Lebar 2cm. Panjang strip adalah terserah anda, begitu juga dengan combination warna yang di mahukan, okei.

Oleh kerana projek kali ini adalah membuat bookmark menggunakan toothpick, maka, sila sedikan sebatang toothpick okei [errrk, pastikan ia belum di pakai ya] Hehee ^_^



Kemudian, sila gamkan secara menyeluruh strip yang berukuran 3mm lebar tadi. Ingat; secara menyeluruh ye, jangan ada part yang tak kena. Tapi gamnya jangan lah banyak sangat sampai lembik kertas tu, pandai pandailah menyesuaikan keadaan ^_^


Tampalkan strip 3mm lebar tadi ke atas strip 2cm lebar...


..sehingga ia menjadi begini ^_^


Kemudian, gunting seperti dalam gambar ini, tinggalkan sikit ruang bahagian bawah tu ya. Jangan potong habis tau!


..gunting hingga hujung dan hasilnya akan jadi begini. Ooh, silalah anda gunting dengan lebih rapi. Jangan tiru gambar ini! Hehee *^_^*


Kemudian, ambil sellotape, potong sedikit dan lekatkan di DEPAN strip tadi...


..ambil toothpick, lekatkan di sellotape tadi dan gulung dengan ketat tapi jangan terlalu kasar sebab boleh menyebabkan kertas tu putus nanti. Ketat tapi berhalus ^_^ Ooh, skema bahasa saya, silalah anda buat dengan hati yang ikhlas ya ^_^


Gulung sampai habis dan gamkan di bahagian hujungnya. Tadaaaaaaa, jadilah Bunga Rambu ramba yang masih kuncup, hehehee. Nak bagi kembang, SIRAMLAH AIR! *^__^* [dont try it at home] hahahaa!


Okei, untuk bagi dia kembang, bukalah kelopak kelopak halus tu, sampai dia jadi begini...



Amacam? Comel tak? ^_^ Hehehee, bolehlah hiaskan sikit dengan ribbon atau bead atau apa sajalah yang anda suka.

Muuuuuah! Sukanya, rasanya nak buat untuk semua buku saya, hehee *^_^*

Done Quillies!
Jom try!




Psttttt.. Sebenarnya saya punya hasrat nak beli gunting ini *^_^*;