Pages

Saturday, May 7, 2011

034: Potong! Gulung!

Entri kali ni tak ada apa² kreasi quilling, hanya cerita!

Tadi lepas meeting untuk Soul Sisters Quilling Shop bersama my partner a.k.a soul sister a.k.a Asma' Ahmad Bahari, sempatlah jumpa Kak Miyyah beberapa menit sebelum berpisah sebab dorang nak ke CM. Sooo, I mintak tanda tangan dia sebab dia da jadi artis kuar dalam WHI hari tu hehehehee ^_^ *tompang glemer* hahaa! Tapi dia tak nak bagi plak ^_~

Dalam berborak beberapa minit tu kami sempatlah bergelak ketawa tengah² KL Sentral tu, hehehee, menceritakan tentang banyaknya beribu ribu lemon orang yang post di FB Miyyah@Kertas tanya pasal Quilling. Pergggh, mmg tak cukup la tangan Kak Miyyah nak menjawab satu². Dah tu ada plak yang marah² bila soklan tak berjawab -_- hadeeei, sendiri mao fikir kut.

I pelik jugak lah, dengan teknologi yang dah changeey sekarang ni dan KEPANDAIAN GOOGLE yang tiada tolok banding, takkan la soklan yang sangat mudah pun nak tanya, macam "Quilling ni buat guna apa?" Adddddoi, cik abang oiii. Sekali google, berlambak kut word "KERTAS" akan keluar.

Hmm, bukannya nak berlagak tulis mcm ni tapi, kita kenalah latih diri kita buat sesuatu tu hingga tahap maximum. Jangan tak tahu je nak tanya. Memang lah boleh bertanya tapi biarlah bertempat. Tunjuk sikit yang kita ni bijak.

I dulu masa memula belajar Quilling dengan Cik Asma' lagi laaa sempoi. I tanya dia soklan memula "Macam mana nak start?", dia jawab sikit punya SIKIT, dah tu I memang tak tanya dah, hahahaa. Sebab, dari jawaban dia tu I dapat belajar bahawa tak guna dia ajar I detail² kalau I sendiri tak ada inisiatif nak mencari tahu by own myself. Dia cuma jawab "Potong kertas dan gulung!". Hahahaa.

So, kalau ada para beginner yang nak start belajar Quilling Art ni, kenalah rajin sikit dan sabar. Belajar dulu potong kertas pakai pisau, belajar dulu gulung kertas pakai lidi. Makin lama, pengalaman tu akan membentuk sebuah hasil seni quilling yang datang dari hati ^_^

Nak tengok hasil pertama I buat quilling lepas dapat  "Potong kertas dan gulung!" ^_^ Hahaaa! Tadaaaaaa...


Nampak gam yang meleleh leleh sana sini? Gulungan yang serabut! Tak ada motif?! Hahahaa. I cut the paper by my own hand T_T buat stick untuk gulung kertas pakai lidi sate yang I belah pakai pisau. Ooh, memori sungguh.

Hasil yang hampir mirip dengan hasil di atas adalah ini...


I tak cakaplah yang atas ni lawa, tapi banyak my friend yang cakap lawa *^_^* Hahahaa. Terdapat banyak perbezaan kan gambar atas dan bawah. Haa, semua tu belajar dari pengalaman, cewaaaah!

So, apa yang I nak cakap adalah, USAHA TANGGA KEJAYAAN!

Selamat belajar semua. Happy quilling. Btw, dalam blog ni ada beberapa tutorial, kalau nak belajar boleh la belek hehehee ^_^ Dan kalau nak dapatkan Quilling tools, boleh ke Soul Sisters Quilling Shop.

xoxo

7 comments:

chillin with Quillin said...

Beautiful works!!!!!!
Paula

fayyza ideas said...

sokong!!!

natasha said...

ya...saya setuju.kita kena selalu berfikir,mencari maklumat & menganalisis. bukan semua main..."kenapa e? macam mana tu?agak2 boleh x?"

JADI ORG YG BIJAK & BERANI MENCUBA.

suhaila said...

Betul tue...sue dari tak tau ape2 ni alhamdullilah dah pandai sikit...semuanya bermula tgk2 blog org lain termasuk blog awak pas tue surf blog n youtube utk belajar mcm mana nak buat...mula2 bila dapat buat hepi sgt masa tue...Kak miyyah mmg byk bg inspirasi nak buat design2 qulling...patutlah ada org bg komen dlm blog sue ckp ada nampak kraft ni dlm WHI...rupenye kak miyyah yer yg masuk TV, Tahniah buat Kak miyyah....

drama3s said...

salam..
saya pun baru nk blajar2 buat quilling.. :) sngt excited.. Miyyah@Kertas akan buat kelas quilling kan..? best nya.. tp saya x dpt join.. =(

memang saya susah skit kalo nk gi kelas atau perjumpaan2 dgn sifu2 qulling ni, terikat dgn komitmen.. so, belajar la dari blog u all.. tgk2 tutorial yg u all bagi kat blog...hehehe..

mula2 ingat wat quilling ni senang, tp bila dh cuba sendiri..baru tahu rumitnya..huhuu..respect kat u all yg pandai buat quilling mcm2 shape.. saya ni nk wat flowers pun terkial2 lagi.. huhuhuu..

apa2 pun..teruskan usaha awak ye..saya suka tgk hasil keje awak kt sini..so sweet.. =)

Miyyah said...

Hahaha. Tergelak2 baca entry. Bagusnye Cik As kita jawab camtu.

Masa akak mula2 jumpa sekuntum bunga quilling atas kad di internet, takde description langsung apekebenda jenama craft tu. Nak tanya orang, time tu blog kraf pun x banyak lagi. Last-last google, "paper, roll, card" la, "paper flower roll" la apa la. Sekali keluar gambar toilet paper roll tu lagi hahaha.

Sekarang Alhamdulillah dah banyak online tutorial, either in English or BM.. so lagi senang nak cari kan. Ilmu kena cari, bukan tunggu orang suap saje. (suap sesudu cukup! :P)

Ina said...

Assalam..
saya pun baru dlm dunia quilling...x pernah berguru secara berdepan.Semuanya belajar dari internet..pas tu dok terjah blog2 kraf quilling nie...alhamdulillah boleh la juga buat..walaupun hasil x seberapa...