Pages

Showing posts with label Martha Stewart Craft Tool. Show all posts
Showing posts with label Martha Stewart Craft Tool. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

041: A Dreamer

Huh! Betul tak saya kata bahawa ini adalah meng-ketagih-kan?! Argggh!

Tapi ini terjadi secara tidak sengaja, tidak merancang untuk itu, hahaaa! Semalam sudah balik awal ke rumah dan mata sangat mengantuk. Hanya ada plan untuk tidur saja tanpa mahu menjenguk meja kraf. Tapi tapi tapi...

Kita hanya merancang, Tuhan jugalah yang menentukan ^_^

Beberapa saat lepas mata saya terlelap dan baru nak melangkah ke alam mimpi tiba² henfon berbunyi dengan kuaaaat, glup! Call? Call apakah tengah malam?!

"Blablablaaaabababaa..."

Huh, ianya tentang kerja yang masih tak siap di office tadi (T_T) Ooh, sangat sedih! Terus mata terbukak besar balik, dan nafsu mengantuk sudah merajuk dan lari jauh. Termenung kejap barang seminit dua, saya ke dapur untuk buat teh lemon. Men-tenang-kan hati huhuuu.

Berteleku di meja kraf, dan berkreasi!


Masih bermain dengan Distress Ink {omg! sangat jatuh cinta dengan mende ni! mahu satu set yang 36 color boleh} ^_^ Kali ni dengan Mustard Seed. Cantik sangat warnanya, uhuuuk!

Punch menggunakan Flower Lace dari MS, comeeei sangat punchernya.

Stamp butterfly besar² tu adalah stamp MS dan stamp DREAM tu adalah stamp G Studio. Ink untuk stamps adalah ink Artnic Brown.


Seperti biasa, close-up. 
Err, mahu jadi seperti butterfly, terbang tinggi dengan bebas ^_^



am i?





Tuesday, July 19, 2011

040: God Dear, Bless This Home, Aameen!

Addicted! Hahahaa! ^_^

Sampai rumah dah malam, tetap rasa nak buat postcard lagi menggunakan distess ink walaupun sebenarnya mata sudah layu melayu. Alhasil...

Posisi postcard tak balance, hahahaa. Stamping habis comot momot, hiksss!

Tapi takpe lah, tayang jugak ^_^


Kali ni menggunakan Old Peper Distress Ink. Cantik kan warnanya? Vintage gitu ^_^ I loike...
Ni adalah distress ink pertama saya, huhuu. Beli masa di Jakarta, dan harganya mahal sekaaaaaaaali. Bila tahu harga sebenar distress ink, rasa menyesal beli yang ni. Tapi takpelah, kira² pengalaman la kan ^_^

Apalah yang saya fikir sampai tak balance gitu hasilnya hahaa!



Stamp HOME berkenaan, sama beli dengan stamp BELIEVE hari tu di Crafty Heart Online Store ^_^
Kali ni pakai Artnic Black, haaa, lebih jelas memang hasil stampnya tapi tapi tapi, mcm tak lawa la pulak kan? Macam lebih lawa pakai Memento Black plak.

Stamp bunga bunga adalah dari Martha Stewart. Classic kan? ^_^* Sukaaa! Nampaknya nanti kena try buat yang menggunakan Memento Black...

Stamp BLESS THIS, lupa beli di mana?! Haaaish! Ke beli di Crafty Heart juga? Huuk...

Err, blog My Quilling Soul penuh dengan hasil "Stamping Soul" 
?
Hahahaa!

^______^*



Monday, July 18, 2011

039: X-Wishlist ^_^

Muaaaahahaa ^_____^

Happy happy happppppy!
Akhirnya semua yang ada di wishlist terkabul sudah!

MS Scoring Board memang tak susah nak cari sebab new product dan masih dikeluarkan oleh EK Success, dan alhamdulillah jumpa di Scrap-n-Crop dengan harga yang sangat mangat berbaloiii! Apa lagi, teruslah sambar satu, yeaaaay! ^_^

Warnanya cantik, sangaaaat puas hati. Memang dari pertama kali tengok dah jatuh cinta. Compare dengan Scor-Pal yang agak agak agak mahal >.< Errr, harga dekat Malaysia jek hampir 200RM??? Oh tidak! Hehehee...

Anywaaay, sangat sayang dengan MS Scoring Board ni! Hasilnya rapi dan halus.
Juga dah berjaya HASUT my soul sister beli jugak, hahahaaa *^_~*



Dan dan dannnnnnnn!

MS Drippy Goo Punches >___<
Dah hampir putus asa mencari ia ke pelosok dunia, huhuhuuu...! Sebab di official websitenya cakap: This product has been discontinued (T_T)

Tp entah mcm mana sedang duk browsing dikala boring boran, akhirnya jumpa jugak for the last stock! Click click click, bismillah, terus beli ^_^ 

Punya berdebar nak tuggu sampai ke tangan. Beli 13 Julai, Alhamdulillah today on 19 Julai dah sampaaaaai ^_^ Haaapy 9.7 skala richter!


Tunggu yeaaa hasilnya kenapa saya sangat sangat sangat nak Drippy Goo punches ni ^_^*

Monday, November 15, 2010

Q012: Bababaa Rambu Ramba ^_^

Yeaaaay! Tutorial again ^_^ Dah habis mood Nyummy Flower, hehehee. Dan sekarang adalah dalam mood Bunga Rambu Ramba [ehehee, suka hati je kan taruk nama] ^_^ Ehhh, suka tau buat Bunga Rambu Ramba. Cuma penat nak menggunting halus halus, kesudahannya adalah bunga tidak menjadi halus ^_^ Hish, pemalas tau *^_^* Namun, tak apa, namapak comel juga! Comel juga!

Jadi, mari belajar untuk yang baru mahu belajar ^_^ Hep! Para PRO di larang intip! Malu lah saya ^_^ Hehee..

Sila sediakan strip yang berukuran [1] Lebar 3mm [2] Lebar 2cm. Panjang strip adalah terserah anda, begitu juga dengan combination warna yang di mahukan, okei.

Oleh kerana projek kali ini adalah membuat bookmark menggunakan toothpick, maka, sila sedikan sebatang toothpick okei [errrk, pastikan ia belum di pakai ya] Hehee ^_^



Kemudian, sila gamkan secara menyeluruh strip yang berukuran 3mm lebar tadi. Ingat; secara menyeluruh ye, jangan ada part yang tak kena. Tapi gamnya jangan lah banyak sangat sampai lembik kertas tu, pandai pandailah menyesuaikan keadaan ^_^


Tampalkan strip 3mm lebar tadi ke atas strip 2cm lebar...


..sehingga ia menjadi begini ^_^


Kemudian, gunting seperti dalam gambar ini, tinggalkan sikit ruang bahagian bawah tu ya. Jangan potong habis tau!


..gunting hingga hujung dan hasilnya akan jadi begini. Ooh, silalah anda gunting dengan lebih rapi. Jangan tiru gambar ini! Hehee *^_^*


Kemudian, ambil sellotape, potong sedikit dan lekatkan di DEPAN strip tadi...


..ambil toothpick, lekatkan di sellotape tadi dan gulung dengan ketat tapi jangan terlalu kasar sebab boleh menyebabkan kertas tu putus nanti. Ketat tapi berhalus ^_^ Ooh, skema bahasa saya, silalah anda buat dengan hati yang ikhlas ya ^_^


Gulung sampai habis dan gamkan di bahagian hujungnya. Tadaaaaaaa, jadilah Bunga Rambu ramba yang masih kuncup, hehehee. Nak bagi kembang, SIRAMLAH AIR! *^__^* [dont try it at home] hahahaa!


Okei, untuk bagi dia kembang, bukalah kelopak kelopak halus tu, sampai dia jadi begini...



Amacam? Comel tak? ^_^ Hehehee, bolehlah hiaskan sikit dengan ribbon atau bead atau apa sajalah yang anda suka.

Muuuuuah! Sukanya, rasanya nak buat untuk semua buku saya, hehee *^_^*

Done Quillies!
Jom try!




Psttttt.. Sebenarnya saya punya hasrat nak beli gunting ini *^_^*;