Huh! Betul tak saya kata bahawa ini adalah meng-ketagih-kan?! Argggh!
Tapi ini terjadi secara tidak sengaja, tidak merancang untuk itu, hahaaa! Semalam sudah balik awal ke rumah dan mata sangat mengantuk. Hanya ada plan untuk tidur saja tanpa mahu menjenguk meja kraf. Tapi tapi tapi...
Kita hanya merancang, Tuhan jugalah yang menentukan ^_^
Beberapa saat lepas mata saya terlelap dan baru nak melangkah ke alam mimpi tiba² henfon berbunyi dengan kuaaaat, glup! Call? Call apakah tengah malam?!
"Blablablaaaabababaa..."
Huh, ianya tentang kerja yang masih tak siap di office tadi (T_T) Ooh, sangat sedih! Terus mata terbukak besar balik, dan nafsu mengantuk sudah merajuk dan lari jauh. Termenung kejap barang seminit dua, saya ke dapur untuk buat teh lemon. Men-tenang-kan hati huhuuu.
Berteleku di meja kraf, dan berkreasi!
Masih bermain dengan Distress Ink {omg! sangat jatuh cinta dengan mende ni! mahu satu set yang 36 color boleh} ^_^ Kali ni dengan Mustard Seed. Cantik sangat warnanya, uhuuuk!
Punch menggunakan Flower Lace dari MS, comeeei sangat punchernya.
Stamp butterfly besar² tu adalah stamp MS dan stamp DREAM tu adalah stamp G Studio. Ink untuk stamps adalah ink Artnic Brown.
Seperti biasa, close-up.
Err, mahu jadi seperti butterfly, terbang tinggi dengan bebas ^_^
am i?
No comments:
Post a Comment