Pages

Showing posts with label Paper Shredder. Show all posts
Showing posts with label Paper Shredder. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

Q009: Ikut Suka Hati ^_^

Wah wah wah! sampai tak larat nak jawab email di FaceBook, orang tanya;
  • Pakai kertas jenis apa?
  • Macam mana potong kertas ?
  • Potong ukuran berapa?
  • Macam mana nak gulung?
  • Macam mana nak buat bentuk?
  • Bla bla blaaaaa...
Sampai dah malas nak jawab, huhuu. Jadi maaflah kepada sesiapa yang secara sengaja saya ignore pertanyaan kamu, bukan sebab apa, letih duk taip dan terangkan benda yang sama, huhuu >.< Maaf, maaf! Jadi, besempena kelapangan waktu saya hari ini, maka saya pun nak tulis pasal Basic of Quilling [Melayu: Asas-asas Quilling] ^_^

Saya pun tak reti sangat, mana pernah ikut kursus, tapi sebab malas nak jawab satu satu punya pasal, relalah saya tulis entry ini yea? ^_^ Nanti kalau ada orang tanya, tinggal bagi link ni saja. Actually, kalau Google, for sure kamu akan jumpa lagi banyak cara, asas, teknik, design dan bermacam macam. Sampai nanti rasa nak tersembul bola mata O_O hahaa!

Sebelum tu nak cerita sikit, masa pertama kali saya nak belajar Quilling, saya tanya Soul-Sista, how to start?! Dia punya jawaban sikit punya simple tapi MEMICU SEMANGAT!!! Jawabnya "Potong kertas dan gulung" ^_^ Hahahaa! Selepas itu saya ambil kata katanya itu simpan dalam hati di ruangan seni. Melilau saya cari kertas untuk di potong dan di gulung, tak ada! Akhirnya terpaksa koyakkan buku sekolah ^_^ Saya gunting menjadi jalur jalur halus, saya gulung ikut naluri hati yang paling dalam ^_^

Oooh, apa jadi? Jadi ntah apa apa! Hahaa! Siryes sangat buruk sampai tak sanggup nak tengok >.

Kalau anda dan SAYA lihat, blog Quilling by Malaysian Quiller yang mantop mantop macam Simple Rhyme, Lin Handmade Greeting Card, Miyyah@Kertas, apakah anda rasa tiber je mereka buat langsung cantik? Haa, kalau nak tahu, boleh la tanya sendiri pada pemilik blog tu ^_^

Haa, amek kau, ceramah motivasi ^_^

Okei, cukuplah tu. Sekarang, saya nak jawab soalan.

Untuk seni Quilling ni nak kena pakai kertas apa?

Jawaban [1]: Pakai kertas A4 biasa. Warna ikut suka hati anda, tepuk dada tanya selera. Kertas A4 biasa tu biasanya ada beberapa jenis yang berbeza adalah berat kertas tersebut. Contohnya ada yang 80gram, 100gram, 120gram, 180gram, per helai. Semakin ringan kertas maka semakin tipislah bentuknya [hipotesis sains] ^_^



Jawaban [2]: Pakai Ready Quilling Strip [Melayu: Kertas jalur untuk Quilling] yang ini, saya tak tahu nak pi beli kat mana di Malaysia, kalau nak shopping online, mungkin banyak western Quilling supplier yang jual. tapi, kalau tak salah, di Miyyah@Kertas pun ada jual, so, silalah bertanya okei ^_^ Saya ada hasrat juga untuk menjualnya sebab ada stock di sini [baca: Indonesia] tapi tunggulah dulu, kalau dah ada saya akan beritahu ^_^

Okei, kalau kamu berkenan untuk guna kertas A4 biasa, ada dua cara potong supaya dari sekeping kertas tu menjadi jalur jalur.

Cara [1] Potong pakai cutter / pisau [jangan pakai pisau potong roti sudeh!] ^_^ Gunakan pembaris supaya ia rapi dan kemas.



Cara [2] Shred pakai shredder.



Nak potong ukuran berapa?

Suka hati kamu, ikut naluri hati yang paling dalam ^_^ Boleh potong lebarnya 9mm, 6mm, 3mm, 1mm pun boleh. Kesimpulannya suka hati! Tak ada sapa nak marah ^_^ betol! Tapi nanti jangalah sejalur 9mm, sejalur lagi 6mm, sejalur lagi 3mm, tak lawa lah cenggetu kan? Buatlah semua biar sama ukurannya.

Dah potong, macam mana nak gulung? Pun ada dua cara!

Cara [1] Gulung je lah pakai tangan.

Cara [2] Gulung pakai stick, any stick! Dengan syarat, hujung stick tu bercabang. Atau boleh juga pakai Quilling needle, boleh cari kat kedai kraf! ^_^

..ini contoh pakai bamboo stick

..ini contoh pakai Quilling needle

Bila dah gulung, jangan lupa gamkan hujung gulungan tersebut supaya tak terbuka. Okei? Setelah itu, last step adalah membuat bentuk yang anda suka. caranya dengan picit saja sisi gulungan tersebut [rujuk sini].

Done!

Kesimpulan dari bebelan panjang ni adalah, semua ini bergamtung dari kesungguhan dan kreativiti kamu. Juga kerajinan untuk praktis kan kemahiran tersebut.

Happy Quilling Qullies ^_^


------------***------------

Up-date!!!

Nak tunjuk perbezaan antara kertas yang clean cut dan yang di-shredder. Juga berbezaan antara kertas 80gram dan 120gram ^_^ Check it out!

Ini adalah menggunakan kertas 120gram  yang di-shredder

Ini adalah menggunakan Ready Quilling Strip 80gram

*^___^*


Tuesday, October 5, 2010

Q002: Quilling Gadgets

Huh! Baru dapat up-date, sian my new baby ni tau ^_^

Sangat mencik dengan KECEPATAN INTERNET yang lambat! Rasa dunia ni berputar lambat je. Nak check email lambat, nak googling lambat, apalagi nak upload atau download gambar, lagilah lambat, owhh!

Ngee~ So, hari ni baru dapat upload 'gadget-gadget' dalam My Craft Box ^_^ Ish, harap maklum, amatur macam saya ni memang suka menanyang barang yang tak penting, hahaa! ^_^ Terpicu atas rasa bangga memiliki ^_^


Cutting Mat
Sangat bangga okei dapat memiliki Cutting Mat sendiri. Lama saya survey, sampai survey dua negara tau; Malaysia dan Indonesia untuk beli cutting mat ni, hahaa! 

Kat Indonesia adalah sangat mahal, sedih! Tapi alhamdulillah jumpa cutting mat dekat malaysia dengan harga RM 11 je [small size] Err, saya belum cukup MATANG untuk beli yang big size tu, hahaa. Sebelum ada cutting mat, err, hanya guna mozaik utk memotong ^_^!

Quilling Stick
Eh, tu bukan lidi bekas sate yea ^_^ Hahaa. Oleh kerana KEDEKUT utk beli quilling stick dan tak rajin mcm my Soul-Sister yang guna tangan je quill the paper strip, so saya pun buatlah sendiri quilling stick tu menggunakan lidi! ^_^ Hahaa. FYI, tu stick yg ke tiga atau empat gitulah. Yang sebelumnya ada yang patah [sebab terlalu halus] ada yang hilang [sebab terlalu kecik] dll.

Alhamdulillah, yang ini bertahan lama juga nyawanya ^_^ Agak panjang, dan selesa di gunakan oleh SAYA ^_^ Ngee~

Cutter
Itu cuma SATU dari berjibun jibun cutter yang saya miliki ^_^ Ntah, saya suka beli cutter, hahaa! Tapi yang paling best, tu yang dalam gambar, dia nipis dan selesa digunakan oleh SAYA ^_^

Craft Scissors
Err, tu gadget lama, tak ingat sebab apa beli, tapi yang penting, sekarang dia manjadi gedget penting juga bila nak buat card [ish, mcm selalu je buat card, hahaa!]

Glue
The UHU tu atas rekomandasi My Soul-Sister, tapi tak tahu lah kenapa, bila di tangan saya dia tak pernah rapi. Err, mungkin untuk Pro tu, ngee~ Tapi walaupun begitu, dah banyak tiub juga lah saya beli dan guna gam UHU tu, hahaa, sebab tak jumpa gam yang sebagus itu ^_^

Tapi... Semalam, baru jumpa yang baru, gambar sebelah gam UHU tu. Namanya BOSTIK. 15 minit saya berfikir untuk beli atau tidak sebab dia mahal, tapi sebab dia ada tulis, CLEAN LINE, NO MESS, NO SPILLS, maka, saya pun beli jugaklah! Hahaa, dan sesi percubaan adalah sangat memuaskan. Sebab muncungnya tirus, jadi mmg menghasilkan clean line. Tapi dia tak sekuat UHU ^_^ So, now i've two type of glue, suka!


...dan inilah gadget terpenting! Hahaa!

Paper Shredder
Tanpa dia, mood quilling tidak akan hidup, malap seperti pelita yang kehabisan minyak tanah tau, huhuu. Nak gi beli Ready Quilling Strip, rasanya bukanlah satu cara yang baik sebab kalau dekat Indonesia ni mahal! kat Malaysia tatau lah pulak. Jadi, Shredder akan sangat membantu untuk menjadikan kertas A4 kepada paper strips ^_^ Nak potong satu² pakai cutter? Err, rasanya boleh cuba dan lihatlah berapa lama akan bertahan, hahahaa!

Sebab saya sangat baru dlm Quilling Craft ni, jadi saya belum berhasrat untuk beli Shredder yang gabak besar, yang mini ni pun inshallah cukup kut ^_^

Amacam? Comelkan dia ^_^


Jom kongsi gadget anda ^_^!