Pages

Showing posts with label Quilling For Beginner. Show all posts
Showing posts with label Quilling For Beginner. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Jom Join Bengkel Quilling! ^_^

Tiada kata KALAH dalam kamus seorang pejuang! Chioooo!

---

Berminat nak belajar Quilling? Jooom!


Jom join saya, dan saya akan ajar anda cara untuk mulakan hobi Quilling ^_^ Bengkel akan bermula pada pukul 9am sampai 1.30pm. Bayaran adalah RM100 perorang. 

Tapi kalau anda datang 3orang, pihak urusetia akan bagi 10% discount. 
Yeaaaaay, bestnyaaa! Maksudnya kalau anda datang ber3, sorang kena bayar RM90 je!!!

Tak rugi! Anda akan dapat Beginner Quilling Kit yang bernilai RM50!!! Woww!

Dan juga dah jimat tak perlu bawa makanan sebab pihak urusetia akan sediakan hi-tea break untuk anda ^_^ Dan yang paling best, anda akan dapat sijilllllll!

Best kannnn? Rugi kalau tak pergi, heheee ^_^

Di samping itu, saya personally akan bekalkan anda dengan module yang anda boleh bawak balik dan jadikan rujukan bila nak berquilling di rumah nanti! Yeeees!

So, berminat tak???

Tarikh yang terdekat adalah Sabtu ni (18 Jun)

Dua bengkel yang berikutnya adalah pada 16 Julai & 20 Ogos!

So, kalau berminat, boleh email saya solehah.muhammad@gmail.com ^_^*

pssst: follower My Quilling Soul boleh dapat special price tauuuu! Do email me!


UPDATE!!!

lupa pulak nak bgtau tempat -_- haissssh!

Berikut adalah tempatnya!


Signature Training Centre & Services
No. 8, Tingkat 2, Jln. Bulan BT U5/BT, Bandar Pinggiran Subang

Saturday, May 7, 2011

034: Potong! Gulung!

Entri kali ni tak ada apa² kreasi quilling, hanya cerita!

Tadi lepas meeting untuk Soul Sisters Quilling Shop bersama my partner a.k.a soul sister a.k.a Asma' Ahmad Bahari, sempatlah jumpa Kak Miyyah beberapa menit sebelum berpisah sebab dorang nak ke CM. Sooo, I mintak tanda tangan dia sebab dia da jadi artis kuar dalam WHI hari tu hehehehee ^_^ *tompang glemer* hahaa! Tapi dia tak nak bagi plak ^_~

Dalam berborak beberapa minit tu kami sempatlah bergelak ketawa tengah² KL Sentral tu, hehehee, menceritakan tentang banyaknya beribu ribu lemon orang yang post di FB Miyyah@Kertas tanya pasal Quilling. Pergggh, mmg tak cukup la tangan Kak Miyyah nak menjawab satu². Dah tu ada plak yang marah² bila soklan tak berjawab -_- hadeeei, sendiri mao fikir kut.

I pelik jugak lah, dengan teknologi yang dah changeey sekarang ni dan KEPANDAIAN GOOGLE yang tiada tolok banding, takkan la soklan yang sangat mudah pun nak tanya, macam "Quilling ni buat guna apa?" Adddddoi, cik abang oiii. Sekali google, berlambak kut word "KERTAS" akan keluar.

Hmm, bukannya nak berlagak tulis mcm ni tapi, kita kenalah latih diri kita buat sesuatu tu hingga tahap maximum. Jangan tak tahu je nak tanya. Memang lah boleh bertanya tapi biarlah bertempat. Tunjuk sikit yang kita ni bijak.

I dulu masa memula belajar Quilling dengan Cik Asma' lagi laaa sempoi. I tanya dia soklan memula "Macam mana nak start?", dia jawab sikit punya SIKIT, dah tu I memang tak tanya dah, hahahaa. Sebab, dari jawaban dia tu I dapat belajar bahawa tak guna dia ajar I detail² kalau I sendiri tak ada inisiatif nak mencari tahu by own myself. Dia cuma jawab "Potong kertas dan gulung!". Hahahaa.

So, kalau ada para beginner yang nak start belajar Quilling Art ni, kenalah rajin sikit dan sabar. Belajar dulu potong kertas pakai pisau, belajar dulu gulung kertas pakai lidi. Makin lama, pengalaman tu akan membentuk sebuah hasil seni quilling yang datang dari hati ^_^

Nak tengok hasil pertama I buat quilling lepas dapat  "Potong kertas dan gulung!" ^_^ Hahaaa! Tadaaaaaa...


Nampak gam yang meleleh leleh sana sini? Gulungan yang serabut! Tak ada motif?! Hahahaa. I cut the paper by my own hand T_T buat stick untuk gulung kertas pakai lidi sate yang I belah pakai pisau. Ooh, memori sungguh.

Hasil yang hampir mirip dengan hasil di atas adalah ini...


I tak cakaplah yang atas ni lawa, tapi banyak my friend yang cakap lawa *^_^* Hahahaa. Terdapat banyak perbezaan kan gambar atas dan bawah. Haa, semua tu belajar dari pengalaman, cewaaaah!

So, apa yang I nak cakap adalah, USAHA TANGGA KEJAYAAN!

Selamat belajar semua. Happy quilling. Btw, dalam blog ni ada beberapa tutorial, kalau nak belajar boleh la belek hehehee ^_^ Dan kalau nak dapatkan Quilling tools, boleh ke Soul Sisters Quilling Shop.

xoxo