Pages

Showing posts with label Quilling. Show all posts
Showing posts with label Quilling. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Happy Birthday Easel Card

Rushing juga menyiapkan card ni. Curi-curi masa yang ada, but alhamdulillah akhirnya siap juga dan dapat pass by hand kepada tuannya. Dan alhamdulillah tuannya berpuas hati ^_^

Nak diberikan kepada peminat motor RXZ. Hehehee, perah otak jugaklah macam mana nak quillingkan motor RXZ, hahahaa. Banyak kali buat draf atas kertas tak jadi-jadi -_- Akhirnya alhamdulillah ada seorang "machanic" yang membantu <3 Hehee, tq!

Entah ada rupa RXZ atau tak tu yea, hehehee ^_^



Belajar letak tali pada eleyet ni belajar masa gi workshop Little Syam ^_^ tq teacher!



Easel card type. Suka greeting card mcm ni sebab boleh jadi mcm stand jugak <3


Just for you. Ada 1 je card ni dalam dunia tau! ^_~



The RXZ! Hehehee

Enjoice!

Saturday, July 16, 2011

Quilling Art Workshop v2

Alhamdulillah! 
Everything berjalan lancar ^_^ Terima kasih kepada Kak Haslidy, Kak Salmi dan anaknya juga Siti Aminah sebab sudi join dan belajar Quilling dengan saya, hehehee ^_^

Harap semuanya puas dengan semua tips yang saya bagi, jangan lupa practice kat rumah yea



Kak Salmi khusyuk menggulung ^_^


Siti menggulung dengan penuh perasaan hehee ^_^



Paper strip wakaf hahahaa!


Ucapan penutup oleh Ketua Signature Training Center & Services


Peace ^_^! Tq semua...


Goodies untuk peserta ^_^


Isi dalam {punch out, ribbon, botton}

^______^*

Saturday, May 7, 2011

034: Potong! Gulung!

Entri kali ni tak ada apa² kreasi quilling, hanya cerita!

Tadi lepas meeting untuk Soul Sisters Quilling Shop bersama my partner a.k.a soul sister a.k.a Asma' Ahmad Bahari, sempatlah jumpa Kak Miyyah beberapa menit sebelum berpisah sebab dorang nak ke CM. Sooo, I mintak tanda tangan dia sebab dia da jadi artis kuar dalam WHI hari tu hehehehee ^_^ *tompang glemer* hahaa! Tapi dia tak nak bagi plak ^_~

Dalam berborak beberapa minit tu kami sempatlah bergelak ketawa tengah² KL Sentral tu, hehehee, menceritakan tentang banyaknya beribu ribu lemon orang yang post di FB Miyyah@Kertas tanya pasal Quilling. Pergggh, mmg tak cukup la tangan Kak Miyyah nak menjawab satu². Dah tu ada plak yang marah² bila soklan tak berjawab -_- hadeeei, sendiri mao fikir kut.

I pelik jugak lah, dengan teknologi yang dah changeey sekarang ni dan KEPANDAIAN GOOGLE yang tiada tolok banding, takkan la soklan yang sangat mudah pun nak tanya, macam "Quilling ni buat guna apa?" Adddddoi, cik abang oiii. Sekali google, berlambak kut word "KERTAS" akan keluar.

Hmm, bukannya nak berlagak tulis mcm ni tapi, kita kenalah latih diri kita buat sesuatu tu hingga tahap maximum. Jangan tak tahu je nak tanya. Memang lah boleh bertanya tapi biarlah bertempat. Tunjuk sikit yang kita ni bijak.

I dulu masa memula belajar Quilling dengan Cik Asma' lagi laaa sempoi. I tanya dia soklan memula "Macam mana nak start?", dia jawab sikit punya SIKIT, dah tu I memang tak tanya dah, hahahaa. Sebab, dari jawaban dia tu I dapat belajar bahawa tak guna dia ajar I detail² kalau I sendiri tak ada inisiatif nak mencari tahu by own myself. Dia cuma jawab "Potong kertas dan gulung!". Hahahaa.

So, kalau ada para beginner yang nak start belajar Quilling Art ni, kenalah rajin sikit dan sabar. Belajar dulu potong kertas pakai pisau, belajar dulu gulung kertas pakai lidi. Makin lama, pengalaman tu akan membentuk sebuah hasil seni quilling yang datang dari hati ^_^

Nak tengok hasil pertama I buat quilling lepas dapat  "Potong kertas dan gulung!" ^_^ Hahaaa! Tadaaaaaa...


Nampak gam yang meleleh leleh sana sini? Gulungan yang serabut! Tak ada motif?! Hahahaa. I cut the paper by my own hand T_T buat stick untuk gulung kertas pakai lidi sate yang I belah pakai pisau. Ooh, memori sungguh.

Hasil yang hampir mirip dengan hasil di atas adalah ini...


I tak cakaplah yang atas ni lawa, tapi banyak my friend yang cakap lawa *^_^* Hahahaa. Terdapat banyak perbezaan kan gambar atas dan bawah. Haa, semua tu belajar dari pengalaman, cewaaaah!

So, apa yang I nak cakap adalah, USAHA TANGGA KEJAYAAN!

Selamat belajar semua. Happy quilling. Btw, dalam blog ni ada beberapa tutorial, kalau nak belajar boleh la belek hehehee ^_^ Dan kalau nak dapatkan Quilling tools, boleh ke Soul Sisters Quilling Shop.

xoxo

Monday, January 10, 2011

Q019: Indonesia???

Saalam alls!

Huhuu, bercinta nak upload gambar for this project! My modem menunjukkan prestasi kerja yang sangat tidak bagus >.< arghhh! Akhirnya ter-upload juga! Err, mungkin project kali ni boleh di beri nama INDONESIA ^_^ hehee, sebab dia berwarna merah-putih!

Motif? Tak ada, saja nak try kombinasi warna putih dengan warna lain. Dan i will buat beberapa lagi project dengan kombinasi warna putih ni, suka lah! ^_^ Mm, ini bukan bookmarks mahupun card. Ini hanya sebuah hiasan, dan mungkin mahu di framekan.

Kalau you all tengok all my project, yang corner dia round tu semua di potong pakai patterned sciccor. Hmm, sangat berharap dapat beli rounded corner punch seperti dalam my craft wishlist >.< psssst, actually saya dah booking the rounded corner punch tu hehehehee, tapi tak dapat yang McGill, dapat yang EK Success. Tapi rasanya yang EK punya lagi bagus sebab dia ada handle untuk punch. What ever! Yang penting tak sabar nak memilikinya *^_^*

Ok, jom layan gambar ^_^



..first time buat pattern bunga macam ni, nampak macam antik juga ^_^ ehem, memang cantik! ~_^



..first time juga buat putik bunga yang warna merah tu, hehee [putik bunga??? hahaa, what ever!]



..errr, saya suka bila buat quilling, dia tak datar je, mmm, macam ada terkeluar sikit tu ^_^ hahahaa! look weird?

..the result

Monday, November 29, 2010

Q014: Mini Seminar Quilling *^_^*

Yuhuu!

Weekend yang menggembirakan *^_^* Dapat berkongsi ilmu seni yang tak seberapa ni dengan mereka-mereka yang minat juga! Puas rasa hati.

Terima kasih kepada pihak Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia-Cabang Jakarta yang sudi mengundang saya untuk bagi sedikit talk tentang Quilling. Dari mula-mula dapat jemputan masih sangat blur apa yang perlu di persembahkan, hehee~ Maklumlah, saya bukan biasa bagi-bagi talk ni, apalagi untuk seminar-seminar, hehee~ Nak cakap depan kelas pun tergagap gagap *^_^* Dan masih sangat 'hijau' juga dalam Quilling, ngee~

Tapi, alhamdulillah, seminar semlam berjalan lancar walaupun pagi sebelum berangkat ada sedikit spoil, huhuu~ Mood hampir hilang, namun kehadiran my besties; Faidah yang sudi menemai sampai seminar habis membuatkan mood kembali mekar ^_^ Thx my dear, love you! Juga kata kata semangat dari my soul-sister; Asma membangkitkan rasa percaya diri ^_^ love you too!

Respon, kerjasama dan kemesraan yang diberikan oleh pihak urusetia dan peserta sangat baik dan mengharukan saya. Mereka semua cool dan best! Sosoo sorry sebab tak dapat nak berkenalan dengan sorang sorang, huhuuw~

Harap nanti dapat jumpa lagi *^______^* So, jom enjoy the pictures, credit to my besties yang sudi mengambil gambar-gambar ni, hehee~


Owh, mereka sangat khusuk menggulung! Suka! *^_^*


Semua semangat nak belajar! ^_^


Try my best untuk terangkan supaya mudah di fahami *^_^*


Bersungguh saya buat bahan slide dan contoh, ngee~

Harap bermanfaat untuk semua dan semua gembira!!! Happy Quilling alls!!!

With Love,
Kakak Ummu Solehah, hahahaa!

Sunday, October 24, 2010

Q007: Secangkir Kopi Buat Sang Sifu!

Ooooh! Sangat tak confident sebenarnya untuk taruk ini, terlebih untuk di berikan kepada SEORANG SIFU! ^_^ Tapi... Inilah saya apa adanya, hehee. Mohon Kak Lin mengerti ^_^

Haritu dah 'ikat janji' dengan Kak Lin untuk swap quilling card, yuhuuuu! Sebenarnya terjadi secara tak sengaja. Err, kalau secara sengaja mana berani saya, buat malu je kat Kak Lin sebab hasil quilling saya sangat biasa ^_^ So, terima kasih sosooo bunch to Kak Lin sebab sudi juga swap card dengan saya.

Sebab 'hobi' kita sama; MINUM KOPI, maka hanya kopi yang timbul masa nak buat card untuk Kak Lin, nges3. Taraaaaaaa...




Heee, Kak Lin jangan tengok dari sudut kreatifnya tau, sebab memang tak kreatif, huhuu. Tengok dari sudut hati laa, sebab ikhlas ni ajak Kak Lin gi minum kopi, sekali ngan ajak Cik As jugak ^_^ hehehee.

Harap akan dapat pos kad ni pada Kak Lin. Sebab tatau lagi bila dapat pos, maka terimalah entry ni dulu ea Kak Lin, tak pe kan? Err, ucapan kat dalam rahsia laa, nanti bila dah dapat kadnya, Kak Lin bacalah yee ^_^

Monday, October 11, 2010

Q004: Hidup..

Teruja nak taruk 1st gambar quilling kat sini tau, so rela perah otak utk buat sesuatu. Tapi, tak da idea yang datang. Huhuu -_-" Terlalu banyak 'persoalan' hidup yang datang tanpa di undang. Hehee, tapi, tak boleh terus pasrah, tetap semangat okei?!

So, turun naik ujian yg datang [plus] warna warni kehidupan, maka terhasillah card yang CANTIK ini ^_^ Hahaa, kalau tak puji diri sendiri, susahlah nak paksa orang lain puji kan? ^_^


Sangat malas okei nak gulung jalur kertas tersebut dengan saiz yang berbeza, hahaa! Memang tak da langsung darah seni yang mengalir. Tapi, betul, buat quilling ni melatih kesabaran.

Idea datang, so kita nak merealisasikan idea tu atas kertas, menggunakan kertas, agar terlihat rapi, cantik, sempurna, memang sangat amat memerlukan kesabaran. Nak kena duduk, posisi yang selesa. Gulung kertas dengan penuh rasa cinta ^_^ Taruk gam elok² supaya tak melimpah. Buat shape pada gulungan kertas tu. Perrrgh, bukan kerja mudah beb!

So, tabik spring lah pada yang menjadikan quilling kraf ni sebagai sumber pendapatan ^_^ Aww, korang memang best!


Err, kad ni terlalu kosong sebenarnya. Sebab dia dah penuh di tepi so, tak da idea nak taruk apa di tengahnya. So, letak je lah seketul munger di dalam ^_^

 [BUNGA HATI] 

Heee, sebenarnya biasa je kan? Cuma sebab dia warna warni, jadi nampak ceria ^_^ Apapun, Happy happy friends!

Wednesday, October 6, 2010

Q003: How Lucky Me!

Hohooo! Tak leh tahan untuk up-date!

Saya rasa saya adalah orang yang paling unlucky dalam urusan lucky draw atau giveaway atau apa-apa sajalah yang seangkatan dengannya. Tak pernah even sekali pun dapat! Hahaa, poor me. Dan memang dah malas pun nak mencuba, so kalau ada memang jarang sangat cuba ^_^ Nyampah tau!

Tapi sebab lately kan tengah kena virus Quilling, huhuu, so bila tengok ada giveaway dekat blog Kak Lin, dengan sekali lalu pun saya SAJA-SAJA je cuba, kat fikiran tak terfikir KALAU MENANG. Menatap hasil tangan Kak Lin di blog pun dah cukup nikmat, sampai tak terbayang kalau dapat tgk depan mata ^_^ Hahaa [ayat bodek nampak]

Tadi, nampak Kak Lin tweet the result dekat twitter tapi hati tak terniat nak bukak link tu sebab rasa mcm tak mungkin je ada nama saya kan. Huh!

Tapi, tak berapa lama ni, bila 'terbuka' blog Kak Lin, OH MY GOD! Tak sangka sangat tgk nama no 3 tu; UMMU SOLEHAH MUHAMMAD ^________^

Aaaaaaa, suka sangat. Suka, suka! Sukaaaa!

So now, tinggal nak bg details kat Kak Lin dan tunggu the card akan jadi mine! ^_^ Jeles tak? Jelesss tak? Hahaaa!

Thx Kak Lin.

Err, harap lepas ni My Soul-Sister plak buat giveaway ^_^ Hahaa! [paksa!]

The Gorgeous Card

Tuesday, October 5, 2010

Q002: Quilling Gadgets

Huh! Baru dapat up-date, sian my new baby ni tau ^_^

Sangat mencik dengan KECEPATAN INTERNET yang lambat! Rasa dunia ni berputar lambat je. Nak check email lambat, nak googling lambat, apalagi nak upload atau download gambar, lagilah lambat, owhh!

Ngee~ So, hari ni baru dapat upload 'gadget-gadget' dalam My Craft Box ^_^ Ish, harap maklum, amatur macam saya ni memang suka menanyang barang yang tak penting, hahaa! ^_^ Terpicu atas rasa bangga memiliki ^_^


Cutting Mat
Sangat bangga okei dapat memiliki Cutting Mat sendiri. Lama saya survey, sampai survey dua negara tau; Malaysia dan Indonesia untuk beli cutting mat ni, hahaa! 

Kat Indonesia adalah sangat mahal, sedih! Tapi alhamdulillah jumpa cutting mat dekat malaysia dengan harga RM 11 je [small size] Err, saya belum cukup MATANG untuk beli yang big size tu, hahaa. Sebelum ada cutting mat, err, hanya guna mozaik utk memotong ^_^!

Quilling Stick
Eh, tu bukan lidi bekas sate yea ^_^ Hahaa. Oleh kerana KEDEKUT utk beli quilling stick dan tak rajin mcm my Soul-Sister yang guna tangan je quill the paper strip, so saya pun buatlah sendiri quilling stick tu menggunakan lidi! ^_^ Hahaa. FYI, tu stick yg ke tiga atau empat gitulah. Yang sebelumnya ada yang patah [sebab terlalu halus] ada yang hilang [sebab terlalu kecik] dll.

Alhamdulillah, yang ini bertahan lama juga nyawanya ^_^ Agak panjang, dan selesa di gunakan oleh SAYA ^_^ Ngee~

Cutter
Itu cuma SATU dari berjibun jibun cutter yang saya miliki ^_^ Ntah, saya suka beli cutter, hahaa! Tapi yang paling best, tu yang dalam gambar, dia nipis dan selesa digunakan oleh SAYA ^_^

Craft Scissors
Err, tu gadget lama, tak ingat sebab apa beli, tapi yang penting, sekarang dia manjadi gedget penting juga bila nak buat card [ish, mcm selalu je buat card, hahaa!]

Glue
The UHU tu atas rekomandasi My Soul-Sister, tapi tak tahu lah kenapa, bila di tangan saya dia tak pernah rapi. Err, mungkin untuk Pro tu, ngee~ Tapi walaupun begitu, dah banyak tiub juga lah saya beli dan guna gam UHU tu, hahaa, sebab tak jumpa gam yang sebagus itu ^_^

Tapi... Semalam, baru jumpa yang baru, gambar sebelah gam UHU tu. Namanya BOSTIK. 15 minit saya berfikir untuk beli atau tidak sebab dia mahal, tapi sebab dia ada tulis, CLEAN LINE, NO MESS, NO SPILLS, maka, saya pun beli jugaklah! Hahaa, dan sesi percubaan adalah sangat memuaskan. Sebab muncungnya tirus, jadi mmg menghasilkan clean line. Tapi dia tak sekuat UHU ^_^ So, now i've two type of glue, suka!


...dan inilah gadget terpenting! Hahaa!

Paper Shredder
Tanpa dia, mood quilling tidak akan hidup, malap seperti pelita yang kehabisan minyak tanah tau, huhuu. Nak gi beli Ready Quilling Strip, rasanya bukanlah satu cara yang baik sebab kalau dekat Indonesia ni mahal! kat Malaysia tatau lah pulak. Jadi, Shredder akan sangat membantu untuk menjadikan kertas A4 kepada paper strips ^_^ Nak potong satu² pakai cutter? Err, rasanya boleh cuba dan lihatlah berapa lama akan bertahan, hahahaa!

Sebab saya sangat baru dlm Quilling Craft ni, jadi saya belum berhasrat untuk beli Shredder yang gabak besar, yang mini ni pun inshallah cukup kut ^_^

Amacam? Comelkan dia ^_^


Jom kongsi gadget anda ^_^!