Pages

Tuesday, February 22, 2011

020: Love is...

Ooh! Sangat lama tidak ber-quilling. Bila masuk bilik mata hanya mampu menjeling craft box. Tak sempat langsung nak menyentuh, apalagi berkarya.

Tapi tapi tapi! Hari ini alhamdulillah sempat juga melepaskan rindu di dada ^_^ Capai meja kecik, capai cutting mat, capai quilling strips box, capaiiii semua craft item dannnnn crafting time ^_^ huh! Bukan senang nak warm-up semangat yang dah berkarat tu. Lama juga lah aku termenung di depan barang² tu semua. Huhuhuu, i have no idea anymore (T_T) sedih!

Tiba... Terpandang barang² yang di beli borong di Daiso, Singapore baru² ini ^_^ Yihaaa! Dapat idea!

Err, DAISO!!! Mmg terbaik lah. Tak payah la nak pegi Jepun susah² hahahaa... Nampaknya kena pergi lagi ni, hehehee ^_~

So, antara yang aku beli di Daiso baru² ni adalah frame kertas warna pink. Hahahaa, kat KL pun ada je jual sebenarnya tapi tak pernah pulak teringin nak beli, hehehee... Juga beli gunting craft, hahahaa, yg pastinya juga ada jual di KL *^_^* Eh, tapi kalau ikutkan memang murahlah beli di Daiso tu kalau nak compare dengan yg jual di KL [hehehee, menegakkan benang yang basah] ^_^

Ehh, cita pasal Daiso pulak hehehee...

Ok²... Maka, dengan frame kertas tadi, aku pun terdapatlah idea untuk deco the frame. Satu pack frame tu dapat dua frame so tak apa lah satu frame ni guna untuk projek warm-up ni. Very simple quilling. Huh, nama pun warm-up kan ^_^ Tapi sebok nak tulis dalam blog, hahaa!


Frame adalah beli di Daiso
Card adalah beli di apatah nama craft shop tu ^^* lupa!
Sticker adalah beli di Kino KLCC
Quilling strips adalah beli di Soul Sisters Quilling Shop, muahahahaa! Marilah datang melawat yea! ^_^
Stand adalah beli di Daiso juga!


Maka, inilah hasil sekilas pandangnya. Yayayaaa, tak begitu cantik tapi manis lah jugak kan? Hahahaa! Hmm, mulalah berniat untuk tak mahu tidur sebab nak ber-quilling lagi ^_^ err, tapi mengantuk sudaaaah! ~_~ jadi, marilah kita tidur sambil berharap boleh pergi Daiso lagi dalam mimpi hahahaa *^_________^*

Ok, cant stop talking about Daiso!

2 comments:

chillin with Quillin said...

lovely poem, and quilling on the frame is really pretty. It all goes well together!
Paula

mariah said...

unique!.. :)